Panas!!! Reaksi Dan Komen Memey Suhaiza Tentang Perbualan Norman & Abby Abadi - Baru-baru ini, Abby Abadi ada memua tnaik sekeping foto perbualannya dengan bekas suaminya iaitu Norman Hakim (LIHAT SINI).
Perbualan tersebut nampaknya telah mengundang pelbagai reaksi dari para follower sehingga ada yang mendoakan mereka berdua bersatu kembali.
Kini ramai pihak ingin tahu apa pula reaksi dan komen Memey Suhaiza tentang perbualan ini. Adakah Memey cemburu ataupun berkecil hati? jom baca respon beliau dibawah...
Ini komen Memey Suhaiza menerusi mStar hari ini:
"Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej tersebut kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa sebab.
"Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej tersebut kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesilapan atau perkara mencurigakan dalam pesanan itu,"
"Tiada kesan langsung pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui tambahan pula saya lebih kenal siapa suami saya malah hubungan saya dengan Abby juga cukup bagus.
"Dalam situsai sekarang kamilah adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya,"
Jadi maknanya Memey Suhaiza tidak terkesan langsung dengan perbualan ini kerana Norman Hakim ada menunjukkan mesej tersebut sebelum menghantar kepada Abby Abadi.
Hubungan Memey Suhaiza dan Abby Abadi juga kini semakin baik jadi tidak perlu untu berkecil hati ataupun cemburu kerana isu tersebut. sumber
Tag :
Hiburan
0 Komentar untuk "Panas!!! Reaksi Dan Komen Memey Suhaiza Tentang Perbualan Norman & Abby Abadi "