Buat kaki selfie diluar sana, tahu tak ada 9 Tips Selfie Yang Menyerlahkan Keyakinanmu yang disediakan oleh Says.com.
Jom ketahui tip-tip berselfie untuk tampak lebih yakin...
1. Tip Tampil Langsing: Untuk kelihatan lebih langsing, halakan sebelah bahu ke arah kamera dan luruskan leher anda.
2. Tip Kaki Langsing: Ketika duduk, halakan badan anda ke sisi dan duduk sambil meregangkan sebelah kaki untuk ilusi 'kaki panjang'.
3. Tip Raut Wajah Lurus: Hulurkan tangan selfie anda sehingga 120° dan condongkan kepala anda ke bawah untuk kontur yang lebih kurus.
4. Tip Profil: Ambil profil, sudut 3 suku dan bahagian depan untuk mengetahui sudut terbaik anda.
5. Tip Shading: Ketahui pilihan edit penapis, laraskan kecerahan dan kontras untuk menyembunyikan ciri-ciri yang kurang menarik.
6. Tip 'Side View' Kurus: Untuk tona yang kurus, letakkan sebelah tangan anda ke paha.
7. Tip Rambut Hebat: Untuk rambut kelihatan lebih tebal, tunduk dan tiup keringkan rambut anda bermula daripada akar sambil melurutkannya dengan jari selepas mandi.
8. Tip Mata Segar: Jika mata anda kelihatan bengkak, redakannya dengan menekapkan sudu yang sejuk di bawah bahagian mata.
9. Tip Paling Penting: Jangan selfie ketika sedang memandu!
0 Komentar untuk "Kaki Selfie"